Tuesday, July 26, 2011

::wanita::

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


5. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


6. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

7. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


8. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


9.Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


10.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


11.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


12.Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


13.Senjata wanita adalah airmata!!


14.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa


No comments:

Post a Comment